Bikin hilang mood nikah! Pengantin bengang layanan pengawal pada ayah. -"Nasib tak bertumbuk."

Tidak ada anak yang suka melihat ayahnya dikasari, lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku depan mata kita.

Secara lumrahnya, kita pasti akan cuba untuk melindungi mereka.

"Nasib tak bertumbuk"

Pun begitu, siapa sangka ianya berlaku kepada seorang wanita ini yang juga merupakan bakal pengantin.

Menerusi perkongsian di Tiktok oleh pengguna bernama Aem Ammar, didapati berlaku salah faham antara pihak pengantin dan juga pengawal bertugas sehingga menyebabkan berlaku sedikit pertelingkahan di perkarangan bangunan Jabatan Agama Islam.

"Salute! Anak protect ayah"

Difahamkan lagi, insiden itu berpunca daripada rasa tidak puas hati wanita terbabit apabila melihat cara layanan pengawal bertugas terhadap bapanya.

Bagaimanapun, kejadian itu berjaya diredakan sebelum masing-masing bersurai kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

 

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan pelbagai respon, namun tak kurang juga yang berpesan agar sentiasa menjaga adab ketika bertugas.

"Plot twist ni"

"Tegur biarlah beradab"

"Jangan salahkan sesiapa"

 

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak memandangkan semua tidak tahu punca kejadian sebenar.

 

Anda masih keseorangan?

980,735 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen