Satu harapan anak-anak yang sudah lama tidak pulang ke kampung ini tentunya mengharapkan ibu bapa mereka kekal sihat dan dijauhi dari wabak Covid-19.
Malah, terasa sangat membimbangkan apabila tiba-tiba menerima kahbar kurang enak mengenai ibu bapa di kampung ketika sedang bertugas.
Itulah yang terjadi pada anggota polis ini apabila menerima panggilan yang memaklumkan ibu bapanya terpaksa ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19.
Moment sedih itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mrbulatt87 yang memaparkan seorang anggota polis sedang menahan tangisan selepas menerima khabar duka tersebut.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sebak melihat keadaan tersebut. Selain turut berharap agar ibu bapa anggota polis tersebut kembali sembuh seperti sedia kala.
Bab mak ayah mesti menangis
Doa banyak-banyak sahabat
Moga mak ayah cepat sembuh
Tinggalkan Komen