Isteri kecewa bawa diri ke rumah keluarga, suami gigih pujuk minta peluang kedua

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Perselisihan faham dan pertengkaran kecil itu perkara biasa dalam rumah tangga namun, jangan pula dibiarkan berlama-lama pula.

Isteri merajuk bawa diri.

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok yang meluahkan rasa kecewa apabila isterinya tidak mengendahkan mesej darinya.

Video yang dimuat naik oleh @fikri_rider96 itu memaparkan tangkap layar perbualan dia bersama isterinya yang merajuk dan membawa diri pulang ke rumah keluarga bersama anak mereka.

Menurut lelaki berkenaan, dia telah diblock selama dua hingga tiga hari hingga menyebabkan dia terpaksa menelefonnya berulang kali.

Pergi rumah mentua.

Bagi membuktikan kasih sayangnya, lelaki berkenaan telah pergi ke rumah ibu mentuanya namun tiada orang di sana apabila dia tiba. Malah, segala mesej dan panggilan juga tidak berjawab.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk menunggu sehingga malam namun juga mengecewakan.

Libatkan orang ketiga?

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, lelaki berkenaan dipercayai ada melakukan kesilapan di dalam rumah tangganya hingga mengguris hati perasaan isterinya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet memberi nasihat agar memujuk isterinya segera dan selesaikan masalah tersebut secara baik.

Jangan sampai isteri tawar hati

Bagi isteri ruang 

Apa-apa pun, diharapkan hubungan pasangan ini kembali jernih seperti sedia kala.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen