Kacak teruja dengar Iqbal mampu beri sejuta, akui ada 'plan' kalau Dato Seri Vida jadi kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah percintaan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida yang mendapat tentangan anak-anak nampaknya masih lagi berpanjangan.

Terbaru, giliran anak lelaki kepada Dato Seri Vida, Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin pula tampil memberi pendapat mengenai hubungan mamanya bersama bekas pembantu peribadi, Ahamd Iqbal Zulkefli.

Menerusi temu bual bersama mStar, Muhammad Eric Zecquan atau lebih mesra dengan panggila Kacak nampaknya turut berpendapat seperti kakaknya, Cik B dan menyatakan bahawa Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi.

"Ya betul... dia (Iqbal) sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat," katanya.

Menurut Kacak, pada awalnya dia hanya menganggap sekadar gosip namun tidak sangka rupanya mamanya merancang mendirikan rumah tangga bersama bekas PAnya.

“Bagi tak bagi mama kahwin.”

Awalnya, Kacak juga turut mencari jalan untuk menghalang perkahwinan tersebut dari terjadi. Bagaimanapun, dia juga menyatakan sekiranya Iqbal betul-betul inginkan dan menyayangi mamanya dia setuju akan keputusan tersebut.

“Kita tahu, cinta ni tak kira umur tapi saya tak suka kalau umur muda sangat. Kalau boleh nak umur yang sama dekat dengan mama,” ujarnya.

“Ngam macam kawan je.”

Ditanya akan keakraban dengan Iqbal, Kacak memaklumkan bahawa dia hanya menganggap Iqbal sekadar kawan biasa sahaja. Malah, dia juga pernah berhubung dengan Iqbal untuk beberapa perkara penting.

Dalam pada itu, Kacak turut menafikan akan kenyataan Iqbal bahawa dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik.

"Saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik. Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis," katanya sambil menggelengkan kepala.

Nafkah bulanan

Kacak turut menyatakan sekiranya Iqbal berkahwin dengan mamanya, dia harus memberi nafkah bulanan sebanyak RM50,000.

Walau bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa Iqbal mampu memberinya sejuta ringgit, dia segera bersetuju akan perkahwinan mamanya namun itu sekadar gurauan darinya.

Terkesan gosip cinta ibu

Kacak turut mengakui bahawa dia terkesan akan gosip percintaan ibunya dan perkara tersebut tidak sepatutnya melibatkan dirinya.

Di akhir temubual, Kacak turut mengakui bahawa dia dan Cik B telah menyediakan sedang perancangan sekiranya perkahwinan ibunya itu benar-benar terjadi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen