Sejak kontroversi melanda mamanya, nama Cik B terus meniti dari bibir pengguna media sosial lebih-lebih lagi apabila mengetahui dia satu-satunya anak Vida yang menentang niat usahawan itu untuk berkahwin lagi.
"Koyak ke tu?"
Terbaharu, ciapan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen di Twitter telah menjadi perhatian netizen.
"Tak suruh mama pujuk..."
Kemudian, menerusi hantaran lain pula Cik B seperti bengang apabila mendakwa dirinya merajuk atas sebab yang tidak ditentukan.
"Mantap Cik B"
Meskipun tidak dinyatakan kepada siapa kenyataan itu ditujukan, namun menjengah ke ruangan komen rata-ratanya seperti dapat menghidu gerangan yang dimaksudkan Cik B.
"Bagi lagi Cik B"
"Koyak lah tu..."
Rasanya semua sedia maklum akan keputusan Cik B yang enggan mamanya kahwin sekali lagi. Justeru itu, Cik B tidak sedikitpun berselindung di sebalik kenyataan yang dibuat malah, tetap dengan pendiriannya yang menentang.
Namun, sehingga kini Dato' Seri Vida masih tidak memutuskan sama ada kekal dengan hasratnya untuk berkahwin lagi ataupun sebaliknya.
Tinggalkan Komen