Sejak semalam tular video yang memaparkan proses pembuatan roti kering yang dihasilkan dengan kotor dan tidak mengikut aspek kebersihan apabila didapati pekerjanya meletakkan kaki ke atas makanan tersebut.
Staf pijak roti kering berlaku di India
Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa ianya dipercayai berlaku di India.
"Hasil siasatan mendapati video pembuatan roti kering tersebut dipecayai berlaku di India."
"Ini berikutan penemuan video terbabit menerusi laporan The Daily India News di Facebook."
-Sumber-
Dalam pada itu, The Daily India News turut menyelar perbuatan tersebut sekaligus menyebabkan media sosial India dipenuhi dengan kecaman yang rata-ratanya berang dengan pelaku itu.
Tinggalkan Komen