Panik 'sugar glider' melekat dekat baju, lelaki buang rasa malu meraung minta tolong, asal diri selamat

Tak semua orang sukakan haiwan atau serangga, lebih-lebih lagi yang jenis berbulu dan berkulit licin. Berani kata, boleh tak cukup tanah kalau haiwan atau serangga ini melekat pada anggota tubuh mereka.

Lelaki berkerut sugar glider melekat dekat baju

Sebagai gambarannya, dapat kita lihat menerusi perkongsian pengguna Tiktok bernama Cik Paah yang mana sehingga kini telah menjadi tontonan lebih daripada 10 ribu pengguna aplikasi itu.

 

Macam nak nangis bila dia tak jatuh

Video tersebut memaparkan gelagat seorang lelaki berusaha keras untuk melepaskan 'sugar glider' yang melekat pada bajunya. Haiwan tersebut tidaklah merbahaya tetapi bila melekat pada baju orang yang salah, boleh jadi tak keruan dibuatnya.

Selain itu, apa yang lebih mencuit hati melihat respon kawan-kawannya yang hanya ketawa. Barangkali, juga takut untuk memegang haiwan tersebut sehinggalah salah seorang dari mereka tampil berani mengambilnya.

"Ingatkan binatang berbisa"

Menjengah pula ke ruangan komen, tak dinafikan rata-ratanya akui terhibur dengan gelagat lelaki itu sehingga ada yang tidak menyangka melihat reaksinya seperti sedang berdepan dengan binatang berbisa.

"Kesian member"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen