Terpaksa ‘berebut’ anak dengan mentua, ibu 21 tahun kecewa kena mengemis ‘buku pink’ pula

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah tidak sehaluan lagi, penceraian sememangnya menjadi pilihan untuk pasangan suami isteri yang tidak boleh sebumbung lagi. Namun, disebalik penceraian itu tentunya anak-anak akan menjadi mangsa ibu bapa mereka.

Seperti yang dilalui wanita dikenali sebagai Izzati ini apabila bergelar ibu tunggal pada usianya 21 tahun dan terpaksa pula berpisah dengan anaknya.

Ambil anak sehelai sepinggang.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, @izzatieeyyyyyy_, dia berkongsi moment saat ‘merebut’ kembali anaknya selepas hak penjagaan jatuh kepadanya sepenuhnya dari keluarga suaminya.

Bagaimanapun, lebih mengecewakan ibu muda itu apabila dia mendapati anaknya tidak mendapat suntikan vaksinasi seperti kanak-kanak lain, malah ‘buku pink’ juga tidak diserahkan kepadanya.

Dalam rakaman video berdurasi 36 saat itu juga memaparkan, wanita berkenaan dikasari oleh seorang wanita berusia.

Kena ‘bodoh’ bekas mentua.

Malah dalam posting yang lain pula, wanita berkenaan berkongsi tangkap layar perbualan dia bersama bekas ibu mentuanya. Bagaimanapun, lagi sekali dia meminta ‘buku pink’ namun tetap tidak diendahkan bekas mentuanya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat ibu muda itu selain memberi beberapa cadangan membantu menyelesaikan masalahnya.

Malah, mereka turut meluahkan rasa geram apabila ibu mentua masuk campur dalam urusan rumah tangga anak-anak.

Inilah bila keluarga masuk campur

Buat report polis je

Kesian dekat anak

Moga sabar & tabah

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen