Dapat restu keluarga terus 'on', Zizi & Yusuf akui tak nak tunggu lama-lama

Pagi tadi, pasangan selebriti Zizi Kirana dan juga Yusuf Bahrin telah selamat disatukan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju mengikut SOP yang ditetapkan.

Pasangan ini tampil sedondon dengan persalinan hitam klasik, malah baju Zizi hasil rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Memetik laporan mStar online, pasangan ini meluahkan rasa syukur apabila majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar, kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir, syukur pernikahan kami ini dipermudahkan. Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kongsi Zizi.

Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi menyatakan bahawa dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.

“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!

“Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya berkerja macam biasa. Cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” ujarnya.

Berkongsi detik perkenalan, Zizi menyatakan bahawa dia mula mengenal Yusuf ketika rakaman program All Together Noe Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Katanya, mereka mula serius mengenal hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.

“Pertama kali kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan... sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Saya selelas berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini. Hujang bulan Ogos kami rancang untuk terus kahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlu tunggu lama-lama!

“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

980,730 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen