Pengantin terlajak 'confident', isteri tahan malu suami selamba masuk kedai 'tayang' ketiak

Oleh: Zuzu Yasmine

Seharian menjadi raja sehari tentunya sangat meletihkan, meskipun hanya duduk tersenyum di atas pelamin sahaja. Itu belum lagi terpaksa menyarung baju yang panas demi rasa istimewa di hari bahagia itu.

"Asalkan kau bahagia."

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nadali.official telah berkongsi detik melucukan dia bersama suaminya selepas selesai sesi wedding photoshoot.

Rakaman berdurasi 20 saat itu memaparkan suaminya memandu kereta tanpa mengenakan baju pengantin yang lengkap dan hanya memakai pakaian dalamnya sahaja.

Tidak cukup dengan itu, suaminya juga dengan selamba masuk ke sebuah kedai sambil mengenakan baju yang menampakkan lengannya itu.

"Tuh yang macam pendekar miang."

Bagaimanapun, pengantin baru ini juga turut berkongsi penampilan mereka ketika masing-masing ‘segak’ mengenakan busana pengantin secara lengkap.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur akan gelagat pengantin lelaki yang begitu ‘confident’. Malah ada juga yang mengakui bahawa pakaian tersebut sangat panas jika disarung terlalu lama.

Selamba dia masuk kedai

Baju kahwin memang panas kot

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen