Muat naik video bersama lelaki, bekas madu Izreen Azminda dah jumpa pengganti?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang masih ingat akan kisah rumah tangga pemilik nama Intan Salleh bersama pemuzik, Ude Wahid yang kini suami kepada Izreen Azminda.

Intan dah jumpa pengganti?

Terbaru, ibu kepada dua orang anak itu memuat naik satu video di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama seorang jejaka sedang melayani anak-anaknya.

Tidak hanya itu, Intan turut berterima kasih kepada pemuda berkenaan kerana sudi melayan telatah dua orang anaknya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri berserta emoji ‘love’ di ruangan kapsyen.

“You!!! thanks layan anak-anak. Happy weekend 💚” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat Intan selain mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tumpang bahagia

Lagi helok bonda

Intan layak bahagia!

Moga bahagia

Terdahulu, industri hiburan digemparkan mengenai pendedahan Intan berhubung bekas suaminya yang berkahwin dengan seorang aktres dalam satu perkahwinan tertutup sekitar Ogos tahun sama.

Bagaimanapun, rumah tangga Intan dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berakhir dengan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac 2018.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen