"PPV agak kosong, golongan tegar antivaksin pula akan dijejaki..." -Khairy Jamaluddin

Nampaknya penurunan kes jangkitan Covid-19 beberapa hari ini dapat membuktikan keberkesanan penggunaan vaksin seperti yang diwar-warkan.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, bekalan vaksin COVID-19 di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara ketika ini melebihi jumlah individu yang perlu disuntik.

Katanya, kadar vaksinasi yang dicatatkan tidak lagi mampu mencapai jumlah 500,000 suntikan sehari seperti sebelum-sebelum ini berikutan hampir 80 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah divaksin.

Beliau turut berkata bahawa ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melipatkan gandakan usaha dalam meningkatkan peratusan individu yang menerima vaksin terutama bagi beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, dan Sabah.

"Di banyak kawasan dan (PPV), kita sudah sampai (pada) tahap di mana lebih banyak vaksin daripada manusia, jadi tindakan kita sekarang ini (KKM akan lipatkan usaha), (kadar pemberian vaksin), sehari (kita) tidak boleh pergi sampai 500,000 suntikan lagi dah sebab kita sudah sampai ke penghujung ini,

"(Banyak negeri sudah) tiada orang lagi (yang menerima vaksin) cuma di kawasan tertentu seperti di Kedah (seperti) di Pendang, Baling… kita kena betul-betul pergi outreach (menyantuni), pergi rumah orang buat pemeriksaan betul-betul, periksa golongan tegar yang antivaksin ini dan (kita) fokus kepada golongan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan majikan untuk meletakkan syarat pengambilan vaksin jika mahu kembali bekerja.

KKM juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan yang paling wajar untuk dikenakan terhadap penjawat awam yang memilih untuk tidak divaksin kecuali yang mempunyai masalah kesihatan.

“Sekarang ini, kita nak menjejaki mereka, yang masih lagi degil untuk tidak menerima vaksinasi. Dan saya telah minta majikan-majikan, sektor-sektor tertentu buat syarat kalau nak kembali kerja mesti dapatkan vaksinasi,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

980,762 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen