Hubungan Perlu Dijaga Kerana Ia Akan Rosak Bila Anda Selalu Lakukan 5 Perkara Kecil Ini.

Sebuah hubungan perlu dijaga setiap hari. Bak menanam tanaman-tanaman di kebun, hubungan yang tidak disirami dengan cinta secara rutin akan layu, lemah, bahkan mati pada akhirnya. Justeru, perhatian akan membawa kesan yang besar bagi mengekalkan hubungan korang dengan pasangan tercinta. Pasangan akan merasa dilupakan atau disisihkan tanpa mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Ini adalah situasi kecemasan dan berbahaya. Jika keadaan seperti ini didiamkan sebegitu rupa tanpa ada usaha mengatasi masalah, korang membiarkan jurang dalam hubungan suami-isteri ini semakin lebar tanpa suara.



1. Kurang perhatian.

Isteri korang memahami beratnya hari-hari korang kerana tumpukan tanggungjawab sebagai seorang pencari nafkah dan pemimpin keluarga. Namun, pernahkah korang membayangkan bagaimana perjuangannya sama berat dengan korang? Bercengkerama adalah caranya melepaskan penat. Ia tak ingin berebut perhatian korang dengan benda-benda mati, seperti televisyen, alat, dan video games. Ia hanya mahukan perhatian korang sepenuhnya, tanpa gangguan. Adakah isteri korang adalah orang terpenting dalam hidup saat ini? Tunjukkan jawapannya dengan segenap jiwa.



2. Kurang penghargaan dan pujian.

Mendengar pujian dari sang suami tercinta adalah perkara yang sangat dicintai isteri. Pujian membuat wanita merasa dicintai dan istimewa. Tidak syak lagi isteri korang mempunyai aneka kelebihan dan kebaikan yang korang sendiri sukai dan kagumi. Berikan penghargaan pada bila-bila pun dan di mana pun, baik secara peribadi mahupun di depan orang lain. Anak-anak pun akan menyaksikan bukti nyata bagaimana orang tua mereka saling menghargai dan mencintai sepenuh hati.

3. Kurang masa berkualiti berdua.

Tarikh dengan pasangan selepas berkahwin, sebenarnya tak perlu cara rumit untuk melakukannya. Dengan mudah, korang boleh selalu menyempatkan 'quality time' dengan pasangan. Temu janji dengan isteri tersayang akan mengeratkan hubungan korang berdua. Pilih satu hari khusus untuk korang berdua dating macam dulu-dulu. Pilihlah aktiviti yang ia sukai atau digemari bersama untuk membawa percikan kebahagiaan ke dalam percintaan .



4. Kritik berlebihan.

Hidup bersama sekian lama membuat korang sama-sama menyedari kekurangan masing-masing. Tak dinafikan, kelemahan-kelemahan akan mendominasi pandangan sendiri samaada sedar atau tidak, korang kerap melontarkan kritikan atas kekurangan isteri sendiri. Padahal, kritik-kritik yang tidak disampaikan secara konsktruktif justeru akan menenggelamkan kepercayaan diri si isteri . Dia berasa tidak berharga, dikuasai oleh tenaga negatif, dan merana dalam keadaan terdesak. Mulakan melihat hubungan, bermula dengan bercermin pada diri sendiri. Cari kekurangan korang dan berkomitmenlah dengan pasangan untuk memperbaiki diri bersama.

5. Membanding-bandingkan.

Hidup di bawah bayang-bayang orang lain, apakah itu keluarga atau rakan-rakan korang, membuat batin isteri terseksa. Ia mungkin tidak mendedahkan keberatan atau sakitnya hatinya saat korang dengan ringannya membandingkan dia dengan ibu atau isteri teman korang.

Namun, hatinya terluka begitu dalam akibat tindakan korang yang menjadikannya tidak cukup bermakna untuk korang.

'Cinta yang tulus akan mengubati hati yang luka. Jagalah sikap dan tingkah laku anda terhadap isteri tercinta. Kebahagiaan nescaya akan memayungi bahtera rumah tangga anda.'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen