Rakan adalah peneman dikala kita semua masih bujang. Bila sudah berumah tangga semuanya tentu sudah berubah malah, kita juga banyak menghabiskan masa bersama pasangan berbanding rakan baik.
Namun, bila berjumpa rakan baik sendiri, pasti segala kenangan ketika bujang akan terulang kembali.
Isteri teruja jumpa kawan.
Seperti video yang dimuat naik influencer terkenal Alif Teega di platform TikTok ini apabila berkongsi gelagat isterinya yang begitu teruja apabila bertemu dengan rakan-rakannya.
Menerusi rakaman berdurasi 19 saat itu, isterinya yang dikenali sebagai Aisyah Hijanah itu dilihat begitu tergesa-gesa untuk masuk ke kereta rakannya walaupun sempat menyium tangan suaminya bertubi-tubi.
‘I love you’ tak berbalas.
Bagaimanapun keadaan menjadi lucu apabila Alif melihat isterinya menurunkan tingkap dengan menyangka ingin melambai tangan sebelum pergi namun rupanya hanya meminta cecair pembasmi kuman lalu menutup tingkap kembali.
Lebih sedih lagi apabila ucapan ‘I love You’ yang diucapkan suaminya juga tidak berbalas oleh isterinya.
Seronok keluar lepak.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata terhibur melihat gelagat isteri lelaki ini yang teruja bertemu dengan rakan-rakannya. Mereka turut bersetuju bahawa bila dah jumpa kawan memang boleh lupa pasangan.
Tinggalkan Komen