Anak sulung sambung belajar perubatan di luar negara, titipan doa Ozlynn undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja gembira menimang cahaya mata, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati sekali lagi  berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Memetik laporan Astro Gempak, anak sulung pasangan ini, Ariq Lim telah berangkat ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran pada Ahad lalu.

Difahamkan, anak sulung pasangan ini telah menyembung pengajian ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.

Menerusi posting terbaru di Instagram Ozlynn, dia berkongsi moment Ariq bersama keluarga berserta adik beradik yang lain. Malah, dalam posting berkenaan juga Ozlynn menitip doa buat anak sulungnya itu.

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu, dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan amin YRA.

“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.

Posting tersebut juga memaparkan Ariq yang sedang bermanja dengan Johan sehingga masih mahu didukung selain turut berkongsi sesi mengaji bersama Ariq dan anak-anak yang lain.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendoakan kejayaan anak sulung pasangan ini. Mereka turut memuji pasangan selebriti berkenaan yang bijak dalam mendidik anak-anak.

Good luck Ariq!

Contoh yang baik keluarga ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen