Akui kekok nak tidur sama, gelagat manja Zizi & Yusuf buat netizen cemburu

Semalam, netizen dikejutkan dengan pernikahan pasangan selebriti, Zizi Kirana dan juga Yusuf Bahrin yang mana sebelum ini pernah terkantoi saling memanggil sayang di IG live.

Saling berbalas 'I love you'.

Menjengah ke IG story pasangan pengantin baru ini, nampaknya Zizi dengan berat hati telah mula bekerja seperti biasa walaupun baru semalam sah bergelar isteri orang.

Malah, dapat dilihat juga, Yusuf mengusap manja kepala isterinya sebelum sama-sama keluar dari tempat penginapan mereka. Bagaimanapun, gelagat mereka ucap ‘i love you’ serentak menjadi perhatian.

Rahsiakan dari rakan artis.

Menerusi posting Instagram radio Era FM pula, penyampai radio berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pasangan tersebut menyembunyikan hubungan mereka dari dihidu.

Kekok nak tidur sama.

Dalam temubual ringkas pula, pasangan ini meluahkan rasa kekok apabila mereka perlu tidur bersama walaupun masing-masing sudah bergelar suami isteri.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut tumpang bahagia melihat pasangan ini. Malah, mereka juga memuji pasangan ini yang tidak kecoh dalam bercinta sebaliknya segera menghalalkan hubungan.

Tak kecoh-kecoh dia orang ni

Sweet betul pasangan ni

Bersemut tengok dia orang ni

Anda masih keseorangan?

1,009,875 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen