Kalau sebelum ini, netizen disajikan akan kisah percintaan usahawan terkenal, Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli akan perancangan perkahwinan mereka yang ditentang oleh anak-anak.
Bagaimanapun, tiba-tiba muncul pula seorang individu yang memberi bayangan ingin berkahwin dengan usahawan produk itu.
Individu terbabit ialah pelakon dan pengacara tempatan, Roslan Shah yang berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.
Menurut Roslan, itu hanyalah mainan tidur yang dialami olehnya dan bukannya sesuatu yang serius.
Roslan menceritakan bahawa di dalam mimpinya itu, anak-anak Dato Seri Vida merestui akan perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, Roslan meluahkan rasa lega apabila itu sekadar mimpi dan berseloroh bahawa tak mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta seperti yang dikecohkan.
“Selamat cuma mimpi. Tapi kalau sudah berjodoh, nak buat macam mana ya. Cik Lan tak mampu nak beri satu bulan satu juta.”
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen mengakui terhibur akan curahan dari pelakon berkenaan.
Tinggalkan Komen