Disebabkan penularan wabak Covid-19 ini yang sudah dua tahun, ramai yang terpaksa menanhan rindu dari bertemu insan tersayang.
Itulah yang dilalui oleh ibu kepada dua orang anak ini apabila terpaksa menahan rindu dari bertemu anak-anaknya yang berada di kampung.
Dah lama tak jumpa anak
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @Eifaofficial88, memaparkan kejutan yang dilakukan buat anak-anaknya bersempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya.
Disebabkan sudah lama tidak berjumpa, @Eifaofficial88 membuat kejutan dengan memakai maskot beruang ketika tiba di majlis sambutan ulang tahun anaknya itu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi sebak apabila anak-anaknya menangis apabila mengetahui bahawa disebalik maskot itu adalah ibunya dan terus memeluk erat.
Anak harap ibu balik.
Menurut, @Eifaofficial88 sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerak (PKP), setiap bulan dia akan pulang ke kampung untuk menjenguk anak-anaknya. Namun, disebabkan PKP dia terpaksa menangguhkan hal itu.
“Auto menangis tengok ni”
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak apabila melihat anak-anak wanita berkenaan menangis sambil memeluk ibunya.
Tabahnya akak ni
Rindu dekat keluarga
Tinggalkan Komen