Yakin keupayaan vaksin, Pfizer kini diperluas kepada golongan kanak-kanak pula

Selepas kebanyakan negara mencapai imuniti kelompok menerusi pemberian dua dos vaksin, kini pihak Pfizer dan BioNTech tertumpu pula kepada keupayaan vaksin tersebut ke atas kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Dos yang digunakan lebih rendah

Memetik laporan Berita Harian, syarikat terbabit memaklumkan hasil ujian Covid-19 syarikat itu berupaya menghasilkan tindakan balas imunisasi yang pantas serta selamat.

Susulan itu, mereka akan mendapatkan kelulusan penggunaannya terhadap golongan terlibat dalam tempoh terdekat.

Namun, dos tersebut akan diberikan pada kadar lebih rendah berbanding individu berusia 12 tahun ke atas.

"Bagi peserta berusia lima hingga 11 tahun, penggunaan vaksin adalah selamat dan menunjukkan tindakan balas antibodi yang kuat."

-Sumber-

Bantu tamatkan pandemik

Seterusnya, berdasarkan hasil ujian, mereka akan menghantar data itu kepada Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) serta badan berwajib di seluruh dunia secepat mungkin.

Selain itu, usaha tersebut juga dilihat sebagai kunci utama bagi memastikan sekolah dibuka dan membantu menamatkan pandemik ini meskipun kanak-kanak kurang berisiko.

Pun begitu, kewujudan varian delta inilah yang menjadi kebimbangan sekaligus boleh menjurus kepada kes lebih serius.

"Kami amat berharap dapat memperluaskan lagi perlindungan menerusi vaksin ini kepada populasi muda."

-Sumber-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen