Datang merisik tanpa mak, lelaki hantar adik jadi wakil sarung cincin di jari manis bakal isteri

Dalam menghitung hari bergelar raja sehari, pastinya perasaan itu bercampur baur namun, tak kurang juga rasa gembira kerana bakal memulakan hidup baru tidak lama lagi.

Adapun begitu, bagaimana pula perasaan mereka yang tidak sempat meraikan detik bahagia bersama insan tersayang baik mak atau ayah kerana terlebih dahulu bertemu penciptanya. Pasti rasa janggal termasuklah dalam merakam 'moment' sewaktu menyarung cincin di jari.

Datang merisik tanpa mak

Siapa sangka, hal itu telah dilalui oleh lelaki ini apabila emaknya tiada sewaktu ahli keluarga datang merisik bakal isteri.

 

Adik jadi wakil sarung cincin

Namun, ia tidak menjadi halangan untuk pemilik akaun Tiktok bernama Muhammad Ihsan meneruskan hasrat murninya untuk merisik gadis yang dicintai mengikut adat.

Justeru itu, dia telah menghantar adik perempuannya sebagai wakil untuk sesi menyarung cincin dan jelas sekali ia menjadi tumpuan warga netizen kerana situasi seperti itu dianggap jarang berlaku.

"Mesti jadi kenangan terindah..."

Menjengah pula ke ruangan komen, video yang menjadi lebih dari 26 ribu tontonan itu sekaligus dibanjiri dengan pelbagai respon selain ucapan tahniah buat Ihsan.

 

"Comel pula rasanya..."

"Al-fatihah buat arwah mak"

Dalam pada itu, tak kurang juga yang menitipkan bacaan Al-Fatihah buat arwah mak Ihsan yang telah 'pergi' sebelum sempat melihat 'moment' indah anak lelakinya pada hari itu.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

980,750 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen