Selalu buat hal dengan rakan setugas, pembaca berita lelaki 'terciduk' lagi bergurau tak kena tempat

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi menarik peminat penonton untuk menonton berita, pembaca berita biasanya akan menutup atau membuka ucapan dengan sesuatu yang menarik.

Sama juga seperti pembaca berita TV3 ini apabila ingin berkongsi peribahasa kepada penonton dan rakan sekerjanya namun, lain pula jadinya.

“Kena setepek...”

Beberapa hari lepas, gelagat pembaca berita Amirulhakim Ahmad Lokman menjadi perhatian penonton ketika menutup segmen Buletin Utama.

Menerusi video yang tular, dengan nada santai dia berseloroh dengan rakan setugasnya akan satu peribahasa yang terkenal tapi mungkin sudah lama tidak didengari.

Bagaimanapun, Pang Chinn Fei dengan ‘selamba’ mengakui bahawa dia selalu dengar peribahasa tersebut membuatkan Amirulhakim terlihat agak ‘terdiam’ seketika.

“Amirul ni asyik kena je...”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan insiden yang tidak disangka-sangka itu. Malah mereka turut menyatakan bahawa pembaca berita tersebut suka menyakat tidak kena tempat.

Bergurau tak kena tempat ni

Dah banyak kali perempuan malukan dia

Buat lawak dengan pembaris

Nasib tak menyebelahi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen