Baju kurung adalah baju tradisional yang semakin jarang dipakai untuk hari-hari biasa. Malah, baju kurang juga kini telah mempunyai pelbagai gaya hingga design yang sebenar semakin dilupakan.
Bagaimanapun, berlainan pula dengan gadis ini apabila tidak segan mengenakan baju kurung saat memasuki sebuah pusat beli belah.
"Yang penting selesa..."
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nurulanisshaafieraa berkongsi moment saat dirinya berada di ‘mall’ ketika mengenakan baju kurung.
Menurut @nurulanisshaafieraa, awalnya dia pelik apabila terdapat mata-mata yang memandangkan tanpa sebab diketahuinya.
"Series la masuk mall dengan baju ceni."
Tidak hanya pandangan sahaja, malah dia juga mendapat kiriman DM dari rakannya yang tidak percaya bahawa dia mengenakan pakaian itu untuk masuk ke pusat beli belah.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen menyatakan bahawa berbaju kurung lebih selesa malah ada juga yang sudah mula mengamalkan memakai baju tradisional tersebut.
Tinggalkan Komen