"Awal atau pertengahan Oktober, rentas negeri akan dibenarkan..." -Muhyiddin Yassin

Keberkesanan vaksinasi Covid-19 nampaknya telah menunjukkan penurunan kes jangkitan Covid-19. Malah, rata-rata rakyat kini ternanti-nanti akan pengumuman dari kerajaan mengenai kebenaran rentas negeri.

Menerusi laporan BH Online, Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan, jika kadar pelalian terhadap COVID-19 mencapai 90 peratus penduduk dewasa.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh menteri terbabit untuk dibincangkan lagi minggu ini, termasuk membuka semula sempadan negara, yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

Beliau berkata, cadangan itu juga akan dibincangkan dengan Perdana Menteri dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

"Rentas negeri berdasarkan kepada data dengan kadar vaksinasi sudah meningkat hampir ke 90 peratus.

"Kalau dimaklumkan tadi, kemungkinan dalam bulan Oktober sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.

"Jadi, saudara bolehlah pergi merayau ke mana-mana di Malaysia ini tetapi sentiasa ingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Dalam pada itu, Muhiyiddin turut berkata, beberapa kementerian akan meneliti kewajaran membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing.

"Soal isu pembukaan sempadan kita, saya bangkitkan tadi dan ada respons. Ini sedang diperhalusi oleh Menteri-menteri yang terbabit untuk dibincangkan dalam minggu ini juga.

"Apakah kewajarannya supaya sempadan negara kita dibuka untuk membolehkan Malaysia dan rakyat kita pergi ke luar negeri? Di mana diterima, disebabkan mereka semua sudah diberikan suntikan dos lengkap?

"Kita lihat sama ada sempadan akan dibuka untuk membolehkan pelawat, peniaga, usahawan, pelancong datang ke negara kita. Salah satu daripada keputusan yang saya fikir akan membawa kesan yang besar kepada negara kita," jelasnya.

Anda masih keseorangan?

980,764 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen