"Saya tak paksa dia, insyaAllah dia akan dibimbing...." -Aisar Khaledd tampil jelaskan video Islamkan lelaki India

Oleh: Zuzu Yasmine

Tindakan selebriti media sosial, Aisar Khaledd mengislamkan seorang lelaki berbangsa India nampaknya mendapat perhatian ramai.

Tidak mahu kekeliruan berpanjangan, Aisar telah tampil menjelaskan keadaan sebenar terhadap video yang dikongsikan sebelum ini.

Menerusi Instagram Aisar, dia menegaskan bahawa saudara baharu itu telah memeluk Islam dengan rela hati dan bukan paksaan seperti yang didakwa.

“Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insya-Allah.”

Berdasarkan video 44 saat yang dimuat naik itu, pelakon baharu itu dilihat mendengar masalah yang dihadapi lelaki berkenaan sebelum dia menghulurkan makanan dan minuman padanya.

“Orang tak tahu sebelum saya mengajak dia masuk Islam, sahabat menceritakan masalah hidup dia. Saya menjadi pendengar yang baik.

“Kemudian saya belanja dia air dan makanan. Saya cakap dekat dia, sedekah takkan rugi. Sebelum saya balik, terdetik untuk mengajaknya masuk Islam.

“Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Saya memberitahu dia kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah dia terima Islam. Saya akan membawanya untuk dibimbing.” -Aisar Kahledd.

Sehubungan dengan itu, pengikut Instagramnya memintanya terus bersabar dan memuji tindakannya itu.

Biarkan apa orang kata

MasyaAllah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen