"Perginya pejuang kemanusiaan." -Ayah Faizal tahir meninggal dunia

Hari ini kita telah dikejutkan dengan satu khabar duka dari penyanyi terkenal tanah air iaitu Faizal Tahir yang memaklumkan bahawa ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi.

Ayah Faizal Tahir meninggal dunia

Khabar itu dikongsikan olehnya di laman Instagram dengan paparan gambar berlatarbelakangkan warna hitam berserta kapsyen ringkas yang tertulis 'Innalillahi Wainna Ilaihirojiun'.

 

Hantaran itu secara tak langsung telah menimbulkan tanda tanya orang ramai kerana tidak disertakan kepada siapa ia ditujukan namun, menjengah pula ke ruangan komen, nyata penyanyi itu telah kehilangan ayahanda tercinta.

Alami masalah kesihatan

Dalam hantaran lain, adik kepada Faizal Tahir iaitu Anas Tahir juga ada memuat naik hantaran di Instagram pada Isnin yang memaklumkan bahawa ayahnya, Dr Tahir Bin Abd Rahman mempunyai masalah kesihatan dan perlu berehat atas nasihat doktor.

Pun begitu, dia tidak memaklumkan lebih lanjut sakit yang dihidapi arwah ayahnya.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Dr Tahir. Moga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al-fatihah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen