Wanita kongsi tarikh bersalin dengan mak, seronok dapat anak pakej dengan adik sekali

Sejak akhir-akhir ini sering kita lihat perkongsian pengguna media sosial apabila mereka didatangi ahli baru dalam keluarga walhal semua adik-beradik sudah makin menginjak usianya.

Namun, siapalah kita hendak menidakkan rezeki Allah. Bertabahlah apabila takhta bongsu dirampas adik baru.

Kongsi tarikh bersalin dengan mak

Kisahnya lebih kurang yang terjadi kepada wanita ini, namun yang lebih mengujakan apabila dia berkongsi tarikh bersalin dengan emaknya.

Jadi secara tak langsung, dia dapat adik sementara emaknya dapat cucu baru.

 

Menerusi perkongsian dari pengguna Tiktok bernama Amani Azami, dia turut melewati fasa-fasa kehamilan serentak dengan ibunya sehinggalah tarikh bersalin juga jatuh pada hari yang sama.

"Comelnya, tahniah!"

Melihat perkongsian itu, rata-ratanya akui teruja sehingga mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain memuji kecantikan si ibu yang tak ubah dimamah usia.

"Bestnya..."

"Pakej terus..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen