Rintihan didengari, mulai 4 Oktober suami dibenarkan teman isteri bersalin

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan akan kebenaran bakal bapa untuk menemai isteri di wad bersalin.

Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin bermula 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan suasana pandemik negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi.

Menurutnya, suami atau ahli keluarga terdekat perlu menerima dos vaksin lengkap Covid-19 dan mereka perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam.

"Sukacita dimaklumkan KKM membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan. Mereka perlu menjalani ujian pengesahan Covid-19 dan membawanya bagi menemani ibu hamil di wad bersalin.

"Suami atau ahli keluarga terdekat itu juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian saringan itu.

"Suami atau ahli keluarga terdekat juga boleh membeli Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas," katanya.

Beliau turut berkata, suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Ini kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi. KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini," ujarnya.

Katanya lagi, surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September lalu mengenai pelaksanaan inisiatif ini sudah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober ini.

"Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan," tambahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen