Perlu Ke Bagi Wang Hantaran Mengikut Status Pasangan?

Ada yang berpendapat wang dan belanja dulang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan tapi ada juga menyatakan bahawa ia terpulang kepada keikhlasan pihak bakal suami untuk membantu mengurangkan belanja majlis perkahwinan di pihak perempuan. Namun ada juga yang berpendapat ia penting untuk menjaga status terutamanya jika calon isteri datangnya daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi atau bakal suami pula yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.



Adakah penting bagi status seseorang sehingga ia boleh mempengaruhi sesuatu perhubungan? Islam sendiri mengalakkan penganutnya berkahwin sekufu yang membawa maksud setaraf. Ia kerana perkahwinan yang sama taraf atau status akan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

Hari ini status selalu dikaitkan dengan kaum wanita, seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan ada yang berpendapatan lebih lumayan dari lelaki. Ini boleh membuatkan lelaki rasa tidak setaraf untuk mendekati mereka apatah lagi memperisterikan wanita yang lebih tinggi darjatnya.

Dalam hal wang hantaran, sebenarnya tak salah meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kalau lelaki itu mampu dan tak membebankannya. Teatpi secara kebenarannya ada ramai anak muda pada masa ini menangguhkan majlis kerana tak cukup wang hantaran.



Tarik diri.

Bagaimana nak galakkan pasangan berkahwin kalau wang hantaran ditetapkan begitu tinggi hingga di luar batas kemampuan? Akhirnya perkara yang baik dan dan digalakkan Islam ditangguhkan semata-mata kerana tak mampu menyediakan belanja untuk perkara yang tak perlu sedangak semua orang tahu yang nak berkahwin tu anak-anak, bukan ibu bapa. Ada juga anak lelaki yang sanggup menarik diri daripada sebuah perkahwinan semata-mata kerana tak mampu menyediakan jumlah hantaran yang diminta. Daripada maruah tercemar, rasa terhina kerana tak mampu menyediakan wang hantaran, maka undur diri adalah lebih baik. Seharusnya orang tua gembiri dan lega kerana anak mereka akan disunting menjadi isteri dan dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak baik seperti maksiat.

Mangsa keadaaan. 

Selalu menjadi mangsa adalah anak gadis. Tak kahwin kerana terpaksa menurut kehendak ibu bapa. Sedangkan dalam hati dah bersedia nak jadi isteri dan ibu. Dalam situasi begini, anak gadis perlulah berbincang dan berterus terang dengan ibu bapa. Luahkan apa yang tersirat di hati. Lakukan dengan berhemah dan bukan bertujuan untuk melawan. Carilah masa yang sesuai untuk berbincang tentang perkata ini dengan lebih mendalam bersama ibu bapa.



Ikut trend semasa. 

Ada juga sesetangah ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kerana ingin mengikut trend semasa. Antara faktornya adalah kos sara hidup yang tinggi, dulu lima tahun lepas kakaknya wang hantaran RM5K, takkan sekarang bila si adik nak ikut harga yang sama? Atau pun faktor ibu bapa yang tak nak kalah ingin melawan sepupu, saudara mara yang lain atau jiran tetangga.

Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu bapa. Mungkin mereka tersilap dalam hal ini, tetapi niat mereka baik iaitu ingin melihat anak merka bahagia selepas kahwin. Tiada ibu bapa yang ingin menghancurkan hati anak-anak mereka. Kadangkala mereka cuma mahu pastikan calon suami mampu, rajin dan bertanggungjawab.

Sekiranya permintaan mereka tidak munasabah, sebagai anak jalan terbaik adalah dengan berbincang secara lembut dan berhemah. Berilah masa untuk mereka fikirkan kembali keputusan mereka agar dapat memuaskan hati semua orang.

Perkahwinan adalah benteng untuk memelihara maruah dan harga diri. Rumah tangga yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat berehat, membina kasih sayang dan mencari keredhaan Allah. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa serta solat hajat, mohon Allah lembutkan hati ibu bapa dan segala urusan dipermudahkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen