Dari rumah praktis bacaan akad nikah, anak sebak rupanya dalam diam ayah tahan nangis

Pernah dengar tak orang dulu-dulu kata menjaga seorang anak perempuan ini lebih susah daripada 10 orang anak lelaki walhal jumlah satu itu lebih sikit dari 10.

Bagi yang mungkin belum bergelar ibu bapa pasti tertanya-tanya maksud di sebalik perumpamaan itu, namun apabila sudah tiba saatnya pasti kita akan rasa apa yang mereka rasa saat membesarkan anak perempuan mereka sehinggakan terdetik rasa sebak di hati untuk melepaskannya suatu hari nanti.

Sebak tengok ayah kesat air mata

Menerusi perkongsian farhanie di akaun Tiktok, dia yang menghitung detik bakal bergelar isteri akui sebak melihat perlakuan bapanya sewaktu ingin menghantar ke masjid untuk akad nikah.

Hafal lafaz akad dari rumah lagi

Hal itu adalah kerana apabila melihat bapanya mengesat matanya sambil membaca nota di atas sekeping kertas sebelum dilipat kecil masuk ke dalam poket baju.

Menurut Farhanie, nota itu merupakan lafaz akad yang akan dibacakan untuk menikahkannya dan suami malah, ayahnya juga telah mula mempraktikkan lafaz itu sejak dari rumah lagi.

 

"Rindu arwah ayah"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya turut tak ketinggalan mengucapkan tahniah atas penyatuan dua hati itu namun, tak kurang juga yang meluahkan rasa terharu apabila bapanya ada sewaktu akad nikah.

"Tak merasa papa nikahkan"

"Untung dapat ayah macam tu"

"Harap ayah sempat nikahkan..."

Dalam pada itu, ada juga yang berharap ayah mereka sempat untuk meraikan moment bahagia mereka selain berharap agar diberi kesihatan yang baik untuk merai saat penuh bermakna itu.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen