Makanan Pereda Stres Buat Bakal Ratu Sehari.

Bagi bakal mempelai, seringkali menghadapi stres menjelang hari perkahwinan mereka. Hal itu memang wajar, kerana mereka harus memperhatikan betul-betul semua perencanaan dengan matang. Akan tetapi, stres yang berlebihan juga tidak baik. Ia boleh memberi kesan kesihatan menjelang hari bersejarah anda nanti. Berikut beberapa makanan yang boleh membantu anda meredakan ketegangan.



1. Ais krim.

Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak. Ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis pada aiskrim mampu meningkatkan tahap kecerdasan tubuh.

2. Coklat.

Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stres dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat, kawal pengambilannya. Tentu anda tidak mahu busana pengantin anda seperti 'sarung nangka' saat disarungkan ke tubuh.



3. Kacang Almond.

Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.

4. Asparagus.

Pengambilan asparagus mampu menghilangkan tekanan. Ini kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira. Cara masakan sama ada ditumis atau digril.

5. Daging.

Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi untuk mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen