"Sayang babang..." - Suka mengajuk cakap ibu, gelagat anak kecil ini buat netizen geram

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa sememangnya contoh buat anak-anak. Apa yang dilakukan ibu bapa tentunya akan ditiru oleh anak-anak, terutama jika anak itu masih lagi kecil dan cuba belajar dengan apa yang dia dengar serta lihat.

Itulah yang dilakukan si kecil ini apabila mengajuk panggilan manja ibu dan bapanya ketika berbual di meja makan.

Anak ajuk gaya ibu bercakap.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh @byishamiraa memaparkan si kecil tersebut memanggil ayahnya abang seperti ibunya dan bukannya abi.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu, si kecil tersebut bermesra dengan ayahnya seperti ibunya. Malah, dia turut mengajuk setiap percakapan yang dikatakan oleh ibunya.

Paling mencuit hati, si kecil itu tidak mahu mengalah dengan ibunya hingga turut menyuapkan makanan ke mulut ayahnya.

"Inilah punca mak-mak tukar nama panggilan..."

Gelagat si kecil itu meraih perhatian ramai sehingga ditonton lebih 400,000 tontonan. Malah, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama apabila anak perempuan merampas suami mereka.

Nak rampas dari ibu ya

Petah dia bercakap

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen