"Tak payah ambil kerja Tuhan..." -Kak KM 'naik hantu' ditegur pendakwah tentang aurat

Enam tahun menjalankan bisnes jamu, influencer sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bukanlah asing lagi dalam kalangan warga netizen bahkan, dia juga akui sudah kalis dengan kecaman serta kritikan 'haters' di luar sana.

Bagaimanapun, baru-baru ini namanya sedang hangat menjadi bualan selepas penampilannya yang menjolok mata ditegur oleh seorang pendakwah bebas di laman Instagram.

"Kau nak tumpang populariti aku kan?!"

Tidak mendiamkan diri, Kak KM lantas memberi respon kepada kenyataan pendakwah terbabit sekaligus menganggap bahawa teguran tersebut hanya kerana ingin tumpang popularitinya.

"Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat?"

"Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar...aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!"

-Kak KM-

Nak tegur ada caranya

Bagaimanapun, usahawan itu tidak menolak untuk teguran yang diterima, namun bukanlah dengan cara memalukannya seperti itu lebih-lebih lagi apabila ianya dikongsi di media sosial dan menjadi tatapan umum.

"Boleh je nak datang bagi nasihat tapi lepastu tak ada lah aku terus tutup litup semua..."

"Apapun jaga keluarga kau dulu, anak bini kau, anak perempuan kau yang tak tahu dia buat apa belakang kau...tak payah sibuk ambil tahu hal orang."

-Kak KM-

Sebelum ini seorang pendakwah selebriti ada memuat naik kenyataan berbentuk teguran secara terbuka kepada usahawan itu, namun tiada maklum balas atau respon dari pihak Kak KM.

Menurut pendakwah terbabit, teguran terbuka itu dibuat kerana namanya sering ditag oleh seorang netizen yang meminta untuk menegur.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen