Terima kejutan dari mentua, wanita terkedu disarung cincin di hari ulang tahun

Memiliki mentua yang baik dan dianggap seperti anak sendiri merupakan impian setiap kaum perempuan lebih-lebih lagi apabila melihat perkongsian video pengguna Tiktok ini.

Kejutan istimewa dari mentua

Menerusi muat naik video oleh anagold20, dia telah menerima kunjungan seorang pelanggan yang ingin memberi kejutan untuk menantunya sempena ulang tahun.

Terharu disarung cincin

Dalam entri tersebut, menantunya kelihatan teruja menerima kejutan istimewa itu sehingga air mukanya sedikit berubah apabila dia dihulurkan hadiah yang terakhir iaitu sebentuk cincin dari mentuanya.

Jelas sekali ianya merupakan pemberian yang sangat bernilai sehingga membuatkan dia hilang kata-kata, barangkali tidak menyangka akan menerima kejutan paling istimewa dari ibu mentua.

"Rezeki dapat mentua baik"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya tumpang gembira melihat hubungan mentua dan menantu yang saling tak tumpah macam darah daging sendiri.

"Moga kasih sayang berkekalan"

"Beruntungnya sis!"

Pun begitu, ada juga yang beranggapan bahawa wanita itu beruntung kerana memiliki ibu mentua yang baik.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen