Lepas anak terima rantai, Fazura sekali lagi terharu Permaisuri Selangor berkenan pakai tudung jenamanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum sedia maklum hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dengan Fazura bukan lagi perkara asing. Malah, pelakon dan penyanyi, Fazura sudah beberapa kali menerima hadiah istimewa daripada isteri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu.

Terbaru, Fazura sekali lagi terharu apabila Tengku Permaisuri, berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya.

Menerusi Instagram Fazura, dia memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan Permaisuri Selangor berkenan memakai sehelai tudung berwarna biru muda dan bercorak bunga ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan semalam.

Dalam posting tersebut, aktres berusia 38 tahun itu turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung berharga RM27.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30.” - Fazura

Malah, isteri kepada aktor Fattah Amin ini turut berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan yang baik untuk semua rakyat jelata.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati Tengku Permaisuri Selangor.” – Fazura

Semalam, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan seutas rantai berlian buat puteri kesayangan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran yang pertama.

Bahkan sebelum ini, Fazura juga pernah menerima kepingan syiiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Tengku Permaisuri Selangor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen