Tak jadi kahwin dengan DSV, Iqbal bawa diri sementara waktu

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya, kisah percintaan antara usahawan terkenal Dato Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya Ahamd Iqbal Zulkifli kini sudah pun berada di episod akhir.

Mana tidaknya, Iqbal dikatakan membatalkan niat untuk berkahwin dengan usahawan kosmetik berkenaan selain melupakan segala perancangan yang telah dia lakukan.

Iqbal yang mengakui bahawa dia sudah tawar hati telah memilih untuk tidak meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Vida pada hujung tahun ini serta akan membawa diri buat sementara waktu.

“Tak jadilah, saya dah tekad… saya akan bawa diri sekejap sementara untuk alihkan pemerhatian saya di sini.

“Saya tak nak berfikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida perkahwinan kita tidak jadi sebab saya tak akan bahagian berada dalam keluarga dia,” katanya.


Berkongsi mengenai pembatalan dewan hotel, Iqbal mengakui dia ada melihat beberapa hotel serta sudah bersedia untuk melamar Vida, namun tidak kesampaian.

“Betul, saya ada survey ke beberapa hotel, antaranya Grand Hyatt. Saya pergi tanpa perbincangan dengan Vida. Saya ada beli satu benda yang agak bernilai untuk melamar Vida, cuma tak kesampaian,” ujarnya.

Sebelum ini, kenyataan Iqbal menjadi bualan ramai mengatakan Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen