Neelofa serah pada rezeki, tak kisah dapat anak perempuan atau lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak mahu mengesahkan malah tidak menafikan akan khabar angin mengatakan dia sedang berbadan dua.

Malah, Neelofa memaklumkan bahawa dia akan menunggu waktu yang tepat untuk berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 32 tahun itu menyatakan bahawa dia tidak meletakkan sebarang sasaran jantina anak sekiranya dia disahkan hamil namun menyerahkan soal itu kepada rezeki.

"Soal jantina saya tidak kisah sebab semua itu rezeki dan susunan Allah. Lagipun kalau tanya kawan-kawan yang sudah ada anak perempuan, pasti impikan anak lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Neelofa turut menyatakan bahawa dia masih belum mahu memikirkan soal cahaya mata kerana baru saja mendirikan rumah tangga namun tidak menafikan ahli keluarga juga mendoakan yang baik-baik.

"Sejujurnya saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius mengenai anak sebab kami pun baru saja kahwin, jadi masih lagi dalam proses mengenali.


"Bukan kami saja, saya rasa suami orang lain pun mesti teruja dan keluarga saya pun mendoakan dan tertunggu-tunggu juga hal yang sama," katanya.

Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai kehamilan bekas Pengacara MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Untuk makluman, Neelofa melangsungkan pernikahan dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen