"Tak ada maknanya saya nak tumpang popular, tegur tu perintah..." -PU Syed

Selepas tegurannya diselar Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, PU Syed tampil membela diri sekaligus menafikan beberapa dakwaan usahawan itu termasuklah cuba untuk menutup periuk nasinya.

"Dia masih ada iman"

Menurut PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, dia bersyukur kerana masih ada respon dari pihak Kak KM akan tegurannya sebelum ini dan tidak mengambil hati terhadap ungkapan usahawan itu yang merasakan bahawa PU Syed ingin mengambil kerja tuhan.

"Bilamana dia respon, itu merupakan tanda-tanda yang positif, maksudnya masih dia ada iman lagi..."

"Ungkapan cuba ambil kerja tuhan tu memang ungkapan rare yang saya dengar setiap kali tegur seseorang cuma saya nak tegaskan di sini, itu bukan kerja tuhan tapi perintah dari tuhan."

-PU Syed-

Nafi dakwaan tumpang popular

Sementara itu, berhubung dakwaan sengaja nak tumpang populariti pula, PU Syed menafikan perkara tersebut dengan menyambung bahawa itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba yang perlu mencegah kemungkaran dan mengajak untuk kebaikan.

"Saya tak kata perniagaan Kak KM tu haram, tapi gaya untuk iklan tu tak dibenarkan syarak..."

-PU Syed-

Tambah pendakwah itu lagi, bukan niatnya itu mengaibkannya dengan menegur secara umum sebaliknya kerana dia serta para asatizah yang lain telah lama menegur Kak KM namun, tetap sama.

"Kalau Kak KM nak jumpa saya, boleh silakan. Kita boleh jumpa..."

"Cuma sekarang saya dekat Ipoh, bukan Kuala Lumpur..."

-PU Syed-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen