Tak tahan kena 'sidai', 'rider' masuk dapur tebar roti canai sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Pekerjaan sebagai seorang ‘rider’ penghantar makanan memang banyak cerita ketika mereka keluar berkerja. Terutama apabila terpaksa menahan sabar dengan sikap pelanggan mereka.

Kali ini, gelagat seorang penghantar makanan FoodPanda yang tidak rela ‘disidai’ ketika menunggu makanan menjadi perhatian ramai.

“Jenis tak boleh kena sidai.”

Menerusi video yang dikongsikan di platform TikTok oleh @broariffff ini memaparkan seorang rider yang sedang menebar roti canai di sebuah restoran.

Menurut @broariffff, rider berkenaan awalnya datang untuk mengambil pesanan pelanggan bagaimanapun disebabkan terlalu lama menunggu dia masuk ke dapur dan menebar roti canai yang diinginkan itu sendiri.

Sehubungan dengan perkongsian rata-rata warganet memuji akan kebolehan rider berkenaan yang mampu ‘multitasking’. Malah, mereka turut memahami perasaan terlalu lama menunggu.

Ni baru betul buat makanan

Steady dua kerja sekaligus

Tunggu lama sangat tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen