Konon nak bagi kasih sayang, gadis dakwa dicium rakan sekerja berstatus suami orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Didakwa telah dicium seorang rakan sekerja sebanyak dua kali pada bahagian kepada di tempat kerja, seorang gadis yang merupakan pengguna Twitter meluahkan rasa trauma yang perlu dihadapinya.

Dicium rakan sekerja.

Menerusi ciapan laman Twitter gadis berkenaan, dia mendakwa telah membuat laporan polis bagaimanapun rakan sekerjanya itu telah diikat jamin oleh isterinya.

Kongsinya, dia mahu menyerahkan kes yang dianggap gangguan seksual itu kepada pihak berkuasa namun suspek mendakwa kejadian tersebut tidak serius.

Suspek 'play victim'.

Turut berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp, seorang lagi rakannya mendakwa suspek bertindak demikian kerana mahu memberikan kasih sayang kepada mangsa.

“Dia cakap dengan abang Man, kenapa nak lapor polis. Bukannya gua kacau kemaluan dia (mangsa).

“Gua buat macam tu nak bagi kasih sayang je. Kalau gua pegang kemaluan dia, baru lapor balik. Dah minta maaf cukup lah."


Ini kali kedua cium di kepala.

Nak bagi duit sebab serba salah.

Gadis berkenaan turut mendedahkan bahawa suspek mahu menghulurkan duit RM50 kerana berasa serba salah selepas berlaku kejadian terbabit.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meminta gadis berkenaan bertegas akan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen