Penceraian adalah jalan terakhir buat pasangan suami isteri apabila sudah tidak sehaluan lagi. Namun, disebalik penceraian itu anak-anak akan menjadi mangsa ibu bapa mereka.
Seperti yang dilalui oleh seorang budak lelaki ini apabila menjadi rebutan dipercayai selepas ibu bapanya memutuskan untuk berpisah.
Ibu nak peluk sekejap.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, @izhaikal, memaparkan moment seorang wanita yang cuba memeluk anak lelakinya.
Bagaimanapun, perkara tersebut dihalang oleh seorang lelaki dipercayai bekas suaminya hingga berlaku pergelutan dan tarik menarik tubuh badan anak mereka.
Pihak polis terpaksa campur tangan.
Rakaman video berdurasi 58 saat itu turut dilihat anggota polis yang berada di kawasan tersebut terpaksa campur tangan disebabkan pergelutan itu mungkin akan memudaratkan anak mereka.
Akhirnya dengan bantuan anggota polis, si ibu dapat memeluk anak lelakinya dengan penuh erat dan sebak sebelum memberi amaran kepada bekas suaminya.
Sehubungan dengan pekongsian itu, rata-rata bersimpati akan nasib budak lelaki berkenaan yang tidak tahu apa terjadi pada ibu bapa mereka. Malah, mereka menasihati agar berbaik demi anak-anak walaupun telah berpisah.
Tinggalkan Komen