Rebah di rakaat pertama, anggota polis meninggal dunia ketika imamkan solat Subuh

Sungguh mulia pemergian anggota polis ini apabila telah menemui ajalnya ketika mengimamkan solat Subuh di surau Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat (hari ini).

Anggota polis meninggal dunia

Memetik laporan Harian Metro, arwah adalah Rosli Maskan dan merupakan Timbalan Ketua Balai Polis yang betugas di Goh Tong Jaya.

Difahamkan, ketika kejadian arwah sedang mengimamkan solat subuh sebelum rebah secara tiba-tiba pada rakaat pertama.

"Maafkan adikmu..."

Dalam hantaran di Facebook, adik kepada arwah berkongsi  maklumat terperinci berhubung kematian abangnya yang difahamkan akibat dari serangan jantung.

Dalam pada itu, Rosman Maskan turut menulis permohonan maafnya kerana sebagai waris terdekat tidak dapat mengiringi perjalanan akhir arwah abangnya.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga dan sahabat handai atas kehilangan ayah, abang dan juga seorang ketua. Moga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen