Baru nak 'happy' tidur berteman, sekali terpisah antara tingkap sebab suami kena kuarantin

Moment malam pertama yang sepatutnya dirai bersama bertukar hiba apabila pasangan suami isteri ini terpaksa berjauhan untuk seketika.

Pengantin baru tidur asing

Menerusi perkongsian di Tiktok oleh pemilik nama Naziha, menyaksikan detik bahagianya bersama suami selepas diijab kabulkan namun, tak sampai 24 jam bergelar pengantin baru, malamnya mereka terpaksa tidur asing pula.

Rupanya suami jadi kontak rapat

Hal ini adalah kerana mendapati suaminya merupakan kontak rapat dengan salah seorang kawannya yang disahkan positif Covid-19.

Mahu atau tidak, terpaksalah akur untuk berjauhan sehingga selesai tempoh kuarantin. Dalam paparan video tersebut dapat dilihat mereka hanya mampu berbual dari luar tingkap sahaja, itupun dengan jarak yang agak jauh.

Boleh dikatakan itulah antara cabaran yang perlu dihadapi pada musim pandemik ini. Justeru itu, kerajaan amat berharap agar orang ramai tidak terlalu kerap keluar sekiranya tiada keperluan.

Apapun Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai, moga masjid yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen