Gagal tahan sebak, Kisona nangis ulas isu perkauman. -"Saya manusia biasa yang harap sokongan..."

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Mungkin peribahasa itu dapat dipadankan dengan situasi yang tular baru-baru ini apabila seorang ahli politik didakwa menyentuh isu perkauman terhadap pemain perseorangan badminton, Kisona Selvaduray.

Kisona ulas isu perkauman

Lama berdiam diri, akhirnya Kisona buka mulut berhubung insiden yang menimpanya sewaktu bertanding pada arena Sudirman Cup 2021 dalam sukan badminton.

"Saya menyerahkannya kepada BAM (Persatuan Badmintin Malaysia), keluarga saya dan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini tetapi buat masa ini, saya hanya mahu fokus kepada kejohanan (Piala Uber di Aarhus, Denmark)."

"Saya tidak tahu untuk berkata apa, saya hanyalah manusia."

"Saya hanya mengaharapkan sokongan. Saya bukanlah seorang yang berbakat tetapi saya berusaha dengan amat keras."

-Kisona-

Gagal tahan sebak

Dalam pada itu, menerusi muat naik hantaran itu juga dapat disaksikan Kisona akhirnya menitiskan air mata walaupun pada awalnya dia kelihatan tenang mengulas isu tersebut.

"Ia memang sangat sensitif tetapi pada akhirnya, saya masih seorang manusia."

"Saya melalui banyak perkara dalam hidup saya, daripada mengalami kecederaan sehinggalah saya berada di sini."

"Saya cuma berharap semua orang dapat terus menyokong saya."

-Kisona-

Untuk rekod, Malaysia telah menamatkan saingan Piala Sudirman dalam kelompok tiga terbaik biarpun hanya meletakkan sasaran untuk layak ke suku akhir.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua atlet negara. Selamat Maju Jaya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen