Rapat sejak kerap tanya tentang Islam, wanita tak sangka berjodoh dengan bos mualaf

Kisah gadis ini pernah menjadi perhatian warga Tiktok sewaktu ketika dahulu bilamana dia sering berkongsi video tentang majikannya yang berbangsa Cina.

Lebih menarik perhatian lagi, hubungan antara pekerja dengan majikan dilihat seperti pasangan yang sedang dilamun cinta, lebih-lebih lagi apabila melihat cara pandangan dan layanan majikannya itu sehingga ada yang mendoakan agar mereka bersama.

Selamat bertunang dengan bos

Namun, siapa sangka pertemuan mereka itu akhirnya membawa kepada hubungan yang lebih serius iaitu dengan mengikat tali pertunangan selepas majikannya bernama Mr Yee memeluk Islam.

Moment bahagia itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Eizatiey Shah di Tiktok yang menyaksikan upacara sarung cincin oleh kedua-dua belah pihak dan sesi bergambar sekitar majlis penuh adat itu.

Selalu cover waktu solat

Untuk makluman, Mr Yee sebelum ini menganut agama Buddha. Meskipun berlainan agama dan bangsa, namun dia menghormati pekerja-pekerjanya termasuklah menjaga waktu solat mereka.

Di samping itu, dia juga mula belajar tentang Islam dan banyak merujuk kepada Ezzatiey.

Apapun tahniah diucapkan buat Ezzatiey dan pasangan. Moga ikatan pertunangan membawa ke jinjang pelamin.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen