Tak hirau digosipkan dengan ahli politik, Erra Fazira bosan tak habis cakap pasal kahwin

Kecoh hari ini di media sosial membabitkan Primadona Malaysia, Erra Fazira akan khabar angin memberitahu bahawa dia kini sudah berkahwin.

Malah, lebih memeranjatkan lagi apabila pasangannya itu merupakan seorang ahli politik yang dikenali iaitu Faizal Azumu yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan.

"Apa cerita pasal kahwin ni?"

Tenang berdepan dengan spekulasi tersebut, Erra Fazira kemudian tampil memuat naik satu hantaran di Instagram sekaligus bersuara akan perkara itu.

 

Dalam hantaran tersebut, dia memuat naik beberapa keping gambar yang sedang sakan berbasikal dengan rakan berserta dengan kapsyen berseloroh akan desas-desus mendakwa dia kini sudah berumah tangga.

"Apo cerita pasal kahwin ni, apapun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan mereka seronok bercakap..."

-Erra Fazira-

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran sekitar tahun 2007 namun, berpisah di tengah jalan pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan tujuh tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya dan kini pelakon filem Maria Mariana itu nampak lebih selesa bergerak solo dan hanya memberi fokus terhadap anak dan juga karier.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen