Nama aktor terkenal Indonesia, Baim Wong kini menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya susulan tular videonya bersama dengan seorang lelaki tua yang sudah lewat usianya.
Baim Wong tindas warga miskin?
Menerusi perkongsian video di Tiktok, Baim Wong seperti menyindir lelaki tua yang digelar atuk oleh netizen Indonesia ketika itu kerana cuba meminta wang darinya.
Walaupun cara atuk itu sedikit kurang sopan, namun itu tidak bermakna Baim Wong boleh mengeluarkan kata-kata berbentuk penindasan kepada warga emas itu yang mungkin amat memerlukan wang.
Perlu duit untuk ubat sakit kaki
Dalam hantaran lain di laman Instagram, seorang individu mendedahkan bahawa atuk itu sebenarnya memerlukan pembiayaan untuk membeli ubat sakit kakinya.
Bukan niatnya untuk mendesak tetapi dia berusaha untuk menjual barang dagangannya kepada aktor itu agar hasilnya dapat membeli ubat yang diperlukan.
Tidak ingin memanjangkan isu, dia juga berhasrat ingin membantu menyalurkan sumbangan kepada warga emas itu dan berjanji akan padam hantaran tersebut sekiranya jumlah kutipan dari orang ramai mencukupi.
"Saya cuma nak jadi diri sendiri"
Walau bagaimanapun, nyata Baim Wong tidak mendiamkan diri, malah dia tampil menjelaskan situasi sebenar yang mungkin menyebabkan ramai salah faham.
"Masa tu saya keluar hospital, tiba-tiba di minta wang."
"Saya tak marah pun pakcik tu, cuma saya tak suka ada orang meminta. Jadi, saya teruslah balik rumah."
"Kenapa pun kalau umur dia 77 tahun, saya pernah jumpa pakcik lebih tua dari itu tapi mereka masih gigih kerja cari duit. Ada juga tak ada kaki tapi dia tak mengemis."
"Apapun saya tak suka kalau orang paksa, saya takkan bagi."
-Baim Wong-
Tak kisah penerimaan orang lain
Tambahnya lagi, meskipun dia sudah menjelaskan keadaan sebenar, namun tak dinafikan masih ada yang sukar untuk menerima perkara itu.
Bagaimanapun, dia berkata tidak akan pernah menyesal dengan perbuatan tersebut yang dianggap kurang sopan oleh sesetangah netizen kerana itulah hakikat sebenar tentang dirinya.
Tinggalkan Komen