Nak abadikan kisah cinta dalam lagu, Iqbal yakin netizen tak sabar nak dengar suara merdunya

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, usahawan Ahamd Iqbal Zulkefli yang juga bekas pembantu peribadi Dato Seri Vida meluahkan rasa hati apabila ingin membuat lagu. Malah dia tidak sangka apabila menerima banyak tawaran dari komposer tanah air mahupun Indonesia.

Lagu kisah tak jadi kahwin.

Memetik laporan mStar Online, pemuda berusia 27 tahun itu masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu yang berkaitan ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu.

“Selepas saya tawar RM500,000 untuk menghasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan. Ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak bautkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut... sedangkan saya mahu lagi jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang dikeluarkan,” ujarnya.

Kisah cinta dengan DSV akan diabadikan.

Iqbal yang mengakui mahu mencuba bidang nyanyian, turut menyatakan tujunanya adalah meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan dan sejarah untuk rakyat Malaysia.

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia... mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” jelasnya.

Terdahulu, kisah cinta Iqbal bersama Dato Seri Vida menjadi perhatian ramai selepas berdepan dengan pelbagai halangan dan akhirnya hubungan tersebut tidak kesampaian ke jinjang pelamin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen