Nama 'dipetik' terlibat dadah, Syafie Naswip 'deactive' IG, -“Harap Niezam Zaidi bersihkan nama saya...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, tular akan seorang pelakon ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan rumah di Kuala Kangsar, Perak.

Susulan itu, nama pelakon Syafie Naswip ‘dipetik’ netizen hingga membuatnya memilih untuk ‘deactive’ Instagram miliknya.

Berehat dari media sosial.

Memetik laporan OhBulan!, pengurus pelakon berkenaan, Sapawi memaklumkan bahawa Shafie memilih untuk berehat dari media sosial ketika ini.

Menurutnya, pelakon berusia 29 tahun itu diganggu dengan mesej-mesej daripada individu yang sengaja mengaitkan namanya dengan kes jenayah tersebut.

“Syafie ingin berehat sebentar dari media sosial kerana masih ramai netizen yang menghantar kiriman mesej (DM) di Instagram tentang kes penyalahgunaan dadah yang tidak ada kaitan langsung dengannya.

“Selain itu, Syafie ingin memberi tumpuan kepada penggambarannya yang akan bermula 14 Oktober ini,” katanya.

Bersihkan nama saya.

Bagaimanapun, sebelum menghilangkan dirinya, Syafie sempat memuat naik sebuah hantaran yang meminta pelakon Niezam Zaidi untuk tampil membersihkan namanya.

Malah, pelakon Kamar Kamariah ini juga memaklumkan bahawa dia tidak selesa apabila namanya dikaitkan dengan sesuatu yang tidak dilakukan.

Hari ini, media melaporkan pelakon Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28, pengarah, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, mengaku bersalah dalan penyalahgunaan dadah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen