Bantu 'promote' kasut, Remy ngadu sakit perut siap tuduh isteri tak bagi makan 'on time'

Oleh: Zuzu Yasmine

Gelagat pasangan romantis pelakon, Remy Ishak dan usahawan Ezza Yusof sentiasa menjadi perhatian ramai terutama peminat media sosial.

Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak sekali lagi telah muncul menerusi sesi siaran langsung di Instagram isterinya yang berusia 38 tahun itu.

Remy sakat isteri lagi.

Ketika Ezza mempromosikan kasut jenama miliknya, Remy yang tiba-tiba datang sempat mengadu sakit perut dan menuduh si isteri tidak memberinya makan ‘on time’.

“Saya sakit perut, gastrik. Dia tak bagi makan, tak on time...”

Tonton minit ke 10.25

Bagaimanapun, perkara tersebut disangkal Ezza yang menyatakan bahawa Remy mengalami gastrik disebabkan terlalu banyak minum kopi.

“Dia suka minum kopi bergelas-gelas setiap hari...” -Ezza

Bimbang akan kenyataan tersebut akan tular, Remy juga menyatakan bahawa dia sekadar bergurau dengan isterinya dan mendedahkan bahawa dia banyak minum kopi.

Malah, Remy juga sempat bergurau bahawa isterinya gigih menjual kasut dan masih belum solat Ishak lagi walaupun telah diajak solat bersama.

“Ni dia jual kasut ni, dia tak solat isyak. Tadi saya panggil solat isyak sama-sama dia makeup...” seloroh Remy lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen