3 rakan mati kutu tersalah 'booking' bilik 'honeymoon', "Macam mana aku nak mandi ni?"

Oleh: Bella Bahrin

Sejak pengumuman rentas negeri, pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga atau kawan. Pastinya destinasi yang dituju biasanya adalah tempat peranginan. 

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Danish telah mendapat perhatian apabila dia berkongsi pengalaman bercuti bersama rakannya. Namun begitu, dia tidak menyangka bahawa bilik penginapan yang ditempah adalah bilik homeymoon.

"Macam mana nak mandi ni!"

Video tersebut mendapat lebih daripada 80,000 ribu tontonan, apabila salah seorang rakan mereka masuk ke bilik mandi yang merupakan jenis tandas lutsinar. 

Rakannya turut berseloroh dan mempersoalkan bagaimana mereka ingin mandi jika bilik air tersebut jenis lutsinar, pastinya mereka akan berpeluang untuk mengendap satu sama lain. 

"Korang salah booking ni!"

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang menegur bahawa mereka tersalah mengambil hotel untuk honeymoon.

"Kalau honeymoon pun tak nak macam ni!"

Namun ada juga yang berpendapat, tidak akan memilih bilik honeymoon bersama pasangan kerana malu jika mandi di bilik mandi yang terbuka begitu. 

“My dad beli selotip dengan surat khabar...”

Ada beberapa netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang sama akibat tersalah memilih bilik, dan mereka terpaksa menampal surat khabar di bilik mandi tersebut. 

Kepada mereka yang ingin bercuti bersama rakan, berhati-hati apabila memilih bilik hotel supaya tidak tersalah menempah bilik. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen